Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun... Sembah Patik Harap Diampun...

Bila termenung sejanak..
Teringat pulak kat kampung halaman..
Tetiba mindaku terusik kat satu perkhabaran tentang Yang Dipertuan Besar Skrg nie..

Sape lg kalo bukan Tuanku Muhriz...
tgn nie dari td asyik gatal nak tahu sape die tuanku sebanrnye...
maka belek2 la sikit kat internet nie..



Nama Penuh Baginda ialah Tunku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir


Pemasyhuran itu dibuat oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak,di Istana Besar Seri Menanti.

Tunku Muhriz, 59, dilantik sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, berikutan kemangkatan Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman



Tunku Muhriz dipilih daripada empat orang calon.
Tiga lagi ialah :-
1.Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja'afar,
2.Tunku Muda Serting Tunku Imran Tuanku Ja'afar,
3.Tunku Panglima Besar Tunku Putera Nadzaruddin Tuanku Ja'afar.

Baginda merupakan satu-satunya putera kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman

Tunku Muhriz merupakan calon Yang Dipertuan Besar bagi menggantikan ayahandanya , selain Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Abdullah, namun baginda tidak dipilih atas alasan usia yang terlalu muda ketika itu iaitu 18 tahun.

Pemilihan itu adalah mengikut garis panduan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Tuanku Muhriz menerima pendidikan awal di Sekolah Menengah King George V, Seremban dan meneruskan pengajiannya di Aldenhem School, United Kingdom.

Tuanku Muhriz memperoleh Sarjana Muda Undang-undang dari University College of Wales, Aberystwyth, United Kingdom.

Tuanku Muhriz merupakan putera tunggal daripada enam putera serta puteri Almarhum Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman dan Tunku Ampuan Durah Binti Tuanku Besar Burhanuddin.

Tuanku Muhriz mendirikan rumahtangga dengan Tengku Datuk Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dari Terengganu dan mempunyai tiga putera iaitu Tunku Ali Redhauddin Muhriz, Tunku Zain Al-‘Abidin Muhriz, dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin.

Dan Sekarang Tunku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11.



Aku Harap Moga2 tanggungjawab yg telah diberi itu dimanfaaatkan kpd rakyat jelata..
Moga Negeri Sembilan menjadi Negeri yg sejahtera.. Amin..

DAULAT TUANKU!!!!!

2 comments:

Anonymous said...

sticker jata negeri 9 ado kek plate number WKU 3104 .. heheee..

DASH said...

iyoko..
bg la kek den satu...
tp yg den namapk jelas patung nemo ko adola ..
siap isap dunhill lg..
keh3...