Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun... Sembah Patik Harap Diampun...

Bila termenung sejanak..
Teringat pulak kat kampung halaman..
Tetiba mindaku terusik kat satu perkhabaran tentang Yang Dipertuan Besar Skrg nie..

Sape lg kalo bukan Tuanku Muhriz...
tgn nie dari td asyik gatal nak tahu sape die tuanku sebanrnye...
maka belek2 la sikit kat internet nie..



Nama Penuh Baginda ialah Tunku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir


Pemasyhuran itu dibuat oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak,di Istana Besar Seri Menanti.

Tunku Muhriz, 59, dilantik sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, berikutan kemangkatan Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman



Tunku Muhriz dipilih daripada empat orang calon.
Tiga lagi ialah :-
1.Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja'afar,
2.Tunku Muda Serting Tunku Imran Tuanku Ja'afar,
3.Tunku Panglima Besar Tunku Putera Nadzaruddin Tuanku Ja'afar.

Baginda merupakan satu-satunya putera kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman

Tunku Muhriz merupakan calon Yang Dipertuan Besar bagi menggantikan ayahandanya , selain Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Abdullah, namun baginda tidak dipilih atas alasan usia yang terlalu muda ketika itu iaitu 18 tahun.

Pemilihan itu adalah mengikut garis panduan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Tuanku Muhriz menerima pendidikan awal di Sekolah Menengah King George V, Seremban dan meneruskan pengajiannya di Aldenhem School, United Kingdom.

Tuanku Muhriz memperoleh Sarjana Muda Undang-undang dari University College of Wales, Aberystwyth, United Kingdom.

Tuanku Muhriz merupakan putera tunggal daripada enam putera serta puteri Almarhum Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman dan Tunku Ampuan Durah Binti Tuanku Besar Burhanuddin.

Tuanku Muhriz mendirikan rumahtangga dengan Tengku Datuk Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dari Terengganu dan mempunyai tiga putera iaitu Tunku Ali Redhauddin Muhriz, Tunku Zain Al-‘Abidin Muhriz, dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin.

Dan Sekarang Tunku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11.



Aku Harap Moga2 tanggungjawab yg telah diberi itu dimanfaaatkan kpd rakyat jelata..
Moga Negeri Sembilan menjadi Negeri yg sejahtera.. Amin..

DAULAT TUANKU!!!!!

Bowling ....Menarik>>>>

Ahlan..

hmmm sebenornye aku pun tertanye-tanye ape topik yg aku nak post kali nie???

mula2 mmg nak wat citer pasal bowling kat south city...

tp memandangkan Luke dah wat intro sikit maka aku pun mengilhamkan part2 @ lebih kurg mensinopsiskan al-kisah 3 jejaka yg beradu tenaga di gelanggang bowling...

Citornye bermula apabila aku baru abis test1 signal..
Fuh mmg all out kasi perah otak
Mane x nye kalo 2 ari asyik study kat library ngan coe food court..
tp hasilnya mmg pergh!!!! (malas nak citer ar, nanti buek malu diri je, kalo nak tau gak sila2 la bertandang ke bilik pn yasmin)
ha!!! Bg mereka Yg beria-ia nak tahu no id org pun diminta jemput hadir bersama)

Sambung Balik Citer........
Aku, Faiz dan Saufi terus gi mkn kat selera 60...



belum sempat nak order,si saufi ni tetibe nak lak gatal cuci mate kat satu papan tanda..
pe lg, terus die ajk aku ngan faiz gi melepaskan geram kat south city..

Aku on je... tp bile tgk si faiz nie masih blur akibat kesan sampingan test signal td, die pun terpaksa menolak tawaran tu..

Jd esok nye aku ngan saufi pun terus register kat booth..
dan malam tu jugak kitorg abiskan rm50 tuk training bowling (pergh.. mmg dasar pembongak.. acah je tue)

tp nak dibuatkan citer nye si saufi nie pulak demam..
die suruh aku cari sorg utk gantikan die..
pikir punye pikir.. aku ajk si luke je la..

tp mmg elok pun sbb luke nie bukannye terer sgt main bowling...
mmg dah lumrah..
asal die baling bola, bola masuk longkang



asal bola masuk longkang , die baling kepale die lak..
jd senang la sikit aku nak beat die...
betul x mijie..

jd sambungan nye ade kat blog luke...
tp jangan tertipu ngan citer songsang die tue..
haha..

Calon2 yg dpt top 15.. Jangan Marah Ye Luke..















Hek eleh.. setakat korg tue aku dah muak la nak lwn..(tp leh ke aku beat diorg nie???












Masing2 Tgh Gabra... Peluh2!!!! Ape Yg Penting??? (Jgn Masuk Longkang)
























First Throw..
Jampi Baek..








Luke Yg Sedang Jampi Bola die Sambil Melihat Mijie mendapat strike keduanya...

















Luke..... Bersama bolanya.... masih x abis jampi.... (ish3)













Akhirnya balingan
yg
dinanti-natikan..











Ke longkang juge....















Pergh!!!!!! Salute Giler Mamat First Tue....

Katakan YA!! Untuk Bersugi.....


1. Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.

2. Bersugi hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan sembahyang , ketika hendak membaca Al-Quraan dan ketika berubah bau mulut.

3. Dihukumkan makruh bersugi apabila telah gelincir matahari ( masuk waktu Zohor ) bagi orang yang berpuasa , sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“ Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu disisi Allah s.w.t. itu lebih harum daripada kasturi “.
( Riwayat Muslim )

- Pada pendapat Imam Nawawi r.a.h bahawa tidak makruh bersugi bagi orang yang berpuasa sama ada telah gelincir matahari atau belum gelincir matahari.

4. Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti berus gigi , kayu arak ( siwak ) , rotan manggar kelapa dan lain-lain.

5. Hadith Rasulullah s.a.w. tentang bersugi :

1) Dari Aisyah r.a.h. “ Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “.
( Riwayat Baihaqi )

2) Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda :
“ Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh
mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk “.
( Riwayat Ahmad )

6. Cara perlaksanaan bersugi hendaklah dengan tangan kanan dan dimulakan dengan sebelah kanan mulut dan terus dilakukan atas langit-langit mulut dengan perlahan-lahan serta ke atas gusi dan gigi.

7. Di antara kelebihan bersugi ialah :

1) Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih
baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang
dengan tidak bersugi “.
( Riwayat Muslim )

2) Dapat menambahkan akal.
3) Dapat mencerahkan mata.
4) Melambatkan tumbuh uban .
5) Dapat menggandakan pahala.
6) Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal .

7. Sekiranya tidak dapat bersugi pada tiap-tiap waktu yang dituntuti hendaklah ia bersugi sekali dalam sehari.

8. Di antara sebab-sebab sembahyang orang yang bersugi itu lebih afdhal dan lebih besar fadhilatnya kerana ia akan mendatangkan lebih khusyuk sembahyangnya serta dapat memelihara pergaulan yang baik di dalam jemaahnya semasa sembahyang dengan bau mulut yang bersih dan harum serta cahaya gigi yang segar .